PENTING!!

Makluman Kepada Semua Pemohon.

1. Syarikat hendaklah mengambil lesen eksport (AP) yang telah diluluskan di Bahagian Mineral KeTSA dalam masa 14 hari bekerja bermula dari tarikh lesen eksport (AP) diluluskan.
2. Bagi bahan mineral yang telah diluluskan untuk dieksport, syarikat hendaklah melaksanakan analisis keaktifan bahan mineral dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) bagi menentukan samada pengendaliannya tertakluk kepada Perintah Perlesenan Tenaga Atom (Pengecualian)(Bahan Radioaktif Keaktifan Rendah) 2002, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.
3. Setiap permohonan lesen eksport yang dikemukakan adalah untuk satu jenis bahan sahaja (1 permohonan bagi 1 HS Code). Pemohon yang mengemukakan pelbagai bahan atau pelbagai HS Code di dalam satu permohonan tidak akan dipertimbangkan.
4. Permohonan Lesen Eksport(AP) bagi sumber mineral dan batuan dari Negeri Perak perlu mendapatkan pengesahan kebenaran pengeksportan daripada Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak).
5. Dimaklumkan bahawa, bagi syarikat pengeskport yang ingin mengeksport Mineral dan Bahan Batuan untuk memastikan setiap satu borang K2 tidak boleh melebihi 100,000.00 MT dalam sistem EBMG serta setiap permohonan K2 untuk 1 jenis Bahan Mineral ( HS Code) sahaja.
6. Perintah Duti Kastam 2022 berkuatkuasa 1 Jun 2022 akan terpakai bagi negara Asean dan antarabangsa dengan HS Code yang telah dikemaskini seperti dalam Perintah Duti Kastam 2022 untuk rujukan semua pelanggan dan syarikat yang memohon Lesen Eksport K2 melalui sistem eBMGPermit.

PERHATIAN!

MAKLUMAN GANGGUAN CAPAIAN KEPADA SISTEM eBMGPERMIT : Sistem eBMGPermit akan mengalami gangguan capaian luar jangka (intermittent) berikutan Aktiviti Simulasi Pemulihan Bencana pada 11 November 2021 | Khamis ( 9 am - 5 pm) . Segala kesulitan sepanjang tempoh masa ini amatlah dikesali.